Monday, May 16, 2011

Agro Bank Tidak Lagi Menerima Gold Bar/Coin Untuk Dipajak

As Salam,

Mulai 16 Mei 2011 Agro Bank telah menghentikan pajakan Emas Ar-Rahnu berbentuk goldbar atau coin dan hanya menerima barang kemas sahaja. Ini adalah langkah yang diambil sepertimana Bank Rakyat yang tidak lagi menerima emas berbentuk bar dan syiling untuk dipajak.

Apa pun kenapa dan bila ianya akan di buka semula tidak dapat diberikan maklumat kerana pihak bank tidak mahu tersilap cakap dengan pelanggan...tetapi sesiapa yang telah buat pajakan dan ingin sambung masih dibenarkan untuk tempoh yang telah disyaratkan.

Kepada yang telah membuat pajakan yang 'besar' tu sila sediakan wang yang banyak untuk tebus semula emas anda..kerana lepas ini Agro bank tidak lagi menerima pajakan emas jenis ini..tempoh pajakan Ar-Rahnu Agro adalah 6+3+2 sahaja..so hanya boleh 11 bulan sahaja korang roling duit tu.. sebab tu bahayanya teknik rempit nie jika ada masalah mcm sekarang, lagi2 pada geng pajak yang tunggu masa cukup2 6 bulan untuk bayar pinjaman tu. so ansuran bulanan adalah cara terbaik..

so, aku jangka mmg ramai akan jual balik emas tu lepas nie..dengan harga lelong..klu tak lelong kat FB atau mudah.com emas diorang akan dilelong plak oleh Ar-Rahnu Agro....

pada hari ini, kita dapat lihat harga emas yang sememangnya murah berbanding bulan bulan lepas..dan aku boleh agak akan berlaku kerugian pada penjual yang panik pada pengumuman nie...

pandangan aku mybe pihak Ar-Rahnu terima arahan daripada BNM kerana terlalu ramai manipulasi Emas nie untuk dapatkan duit mcm Overdraf dulu..apapun replan your financial.

Thursday, May 12, 2011

Serambi Emas ?

Sermabi Emas menawarkan skim belian emas secara ansuran yang baru2 ini tiba2 saja menjadi popular kerana menggunakan artis2 terkenal sebagai ikon mereka.

Bagi saya, skim yang ditawarkan amat mirip dengan skim yang ditawarkan oleh syarikat yang pernah di serbu oleh Bank Negara sebelum ini atas kesalahan AMLA (Anti Money Laundering) dan BAFIA (Bank And Finance Act.) iaitu syarikat Etika Emas Estet, malah ada sumber yang mengatakan Serambi Emas juga merupakan serpihan dari syarikat Etika Emas, namun sejauh mana kebenarannya,

Wallahua'lam.

Mereka menawarkan ketulan jongkong emas 999.9 dengan berat minimum 100g setiap satu, dan harga emas yang ditawarkan adalah berpandukan kepada nilai gadaian (Nilai Marhun) yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Agro Bank.

Contoh:

Nilai Gadaian Agro Bank ketika ini RM 165.80 x 100g = RM 16,580.00 

Untuk makluman, walaupun ketika harga emas rendah, sebagai contoh harga emas PG pada waktu itu hanya sekitar RM 15,800.00, namun harga yang mereka jual tetap RM 16,580 kerana nilai gadaian Agro Bank tidak turun walaupun harga semasa emas turun. Ini telah merugikan pembeli kerana membeli emas pada harga yang amat tinggi.

Pembeli hanya perlu membayar sebanyak 35% dari harga emas, iaitu kira2 RM 5803.00 kepada syarikat, dan wakil syarikat bersama2 pembeli akan ke Agro Bank berhampiran, dan emas 100g tersebut akan digadaikan diatas nama si pembeli. 

Agro Bank akan membayar sebanyak 65% dari nilai gadaian Emas yang tadi iaitu sebanyak RM 10,777.00 dan wang tersebut akan diambil oleh wakil syarikat tadi, menjadikan wang yang diterima oleh syarikat sebanyak RM 16,580.00 iaitu harga emas yang tinggi tadi.

Manakala si pembeli pula kini menanggung beban hutang kepada Ar-Rahnu sebanyak RM 10,777.00 yang mana mengikut kata si penjual tadi kini pembeli hanya perlu membayar secara ansuran berserta upah simpan kepada Agro Bank sebanyak 0.75% sebulan sehinggalah hutang tersebut habis dibayar barulah emas tersebut dapat diambil dan menjadi milik si pembeli sepenuhnya.

Pada pandangan saya ini lebih membebankan lagi kerana harga yang dibayar oleh si pembeli untuk memiliki emas tadi akan menjadi lebih tinggi berbanding nilai sebenar. Sudahlah harga jualannya tinggi, ditambah pula dengan upah yang perlu dibayar jika ianya mengambil masa sehingga 3 tahun untuk melangsaikan bayaran kepada Agro Bank, bayangkan berapa lebihan harga yang telah dibayar!! 

Saya melihat ini hanya sebagai skim yang menggunakan emas sebagai medium untuk mengaut keuntungan dengan mempercepatkan jualan sahaja, soal untung rugi pembeli adalah soal yang kedua. Saya juga mendapat maklumat yang syarikat tidak menawarkan jaminan belian semula, bermakna pembeli perlu menjualnya kepada individu atau kepada kedai emas yang biasanya akan membeli pada harga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa!
  
Saya lebih suka menasihatkan agar membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas berbanding membeli emas dengan hutang dari gadaian arrahnu. Sekali imbas seperti sama saja, tapi hakikatnya jauh berbeza kerana jika anda membuat pinjaman peribadi dan digunakan untuk membeli emas, saya akan memberi cara terbaik untuk anda melangsaikan hutang tersebut dengan cepat iaitu dengan cara membayarnya menggunakan emas.

Manakala jika anda berhutang kepada Ar-Rahnu untuk membeli emas, dan hutang tersebut dibayar dengan duit kertas, ianya akan mengakibatkan hutang itu akan menjadi lebih banyak disebabkan oleh kadar upah simpan dan tempoh untuk menyelesaikannya juga akan menjadi lebih panjang disebabkan susut nilai matawang / inflasi.

Tidak salah jika saya katakan, emas yang anda beli telah menjadi beban atau liabiliti kepada kewangan anda, bukan lagi aset pelaburan kerana ianya tidak memberi apa2 pulangan langsung, sebaliknya anda yang perlu membelanjakan wang untuknya, sekaligus membuatkan perbelanjaan anda meningkat.

Saturday, May 7, 2011

Latest Gold Scammer

Beware!!!


Saham Emas East Cape Mining Corporation

East cape menawarkan peluang pelaburan saham emas kepada individu @ pelabur-pelabur yang berminat. Syarikat ini beribu pejabat dari United Kingdom.


Nilai saham yang ditawarkan sekarang ialah 1.00 Usd seunit dan nilai tersebut akan meningkat. Saham ini terhad kepada pelabur – pelabur tertentu sahaja sebelum ia dibuka kepada orang ramai dengan harga yang lebih tinggi.


Harga saham = usd1.00 seunit


Minimum pelaburan = 500 unit bersamaan 500 usd


Pulangan pada Pemegang Saham


Setelah membeli saham anda akan diberikan Akaun Pelaburan Saham ECMC. Setiap Pemegang Saham akan mendapat :-


1. IPO mengikut nilai saham emas kita melabur min USD500 dan Max 250,000


2.Akaun Kredit, Nilai dalam (USD)


3. Akaun Emas, nilai dalam gram (gm)


4. Akaun Trading, untuk jual/b to hold/treli paper gold positions


5. Global Auto Placement


Credit Account

Anda akan dapat pulangan 10% setiap bulan selama-lamanya daripada jumlah unit yang dibeli.

Contoh:- Anda membeli 500 unit saham dengan harga usd500

Pulangan 10% x 500 unit = 50 unit

50 unit = 1 gm (gram) setiap bulan (mengikut harga emas semasa)

Jika,1 gm (gram) x (harga emas semasa, katakan USD 50) = USD 50 (bergantung harga emas semasa). Katakan USD 50 x 3.0 = RM 150++ (anda akan dapat setiap bulan)

Dividen ini setiap bulan kita akan dapat. Maknanya dengan 500 unit saham, setiap bulan kita akan terima dividen RM150 setiap bulan tanpa henti. Ya setiap bulan, selagi kita tak keluarkan ‘share’ kita.

Gold Account

Anda boleh simpan credit anda dalam bentuk emas gram (gm) . Anda boleh tukar semula ke dalam bentuk credit bila2 masa apabila harga emas naik dan menguntungkan.

Trading Account

Setiap pemegang saham akan dapat 2 kali ganda daripada unit yang dibeli untuk trading saham emas. Contoh. Saya membeli 1000 unit saham dengan harga USD1000. Jadi saya dapat USD2000 untuk trade. Sehari boleh dapat antara USD10 ke USD100..oklah tu, lepas duit minyak hari2.



Jual Saham (100% Money Back )


Sekiranya anda tidak mahu lagi memegang saham tersebut, anda boleh jual bila2 masa sahaja. Modal anda akan dipulangkan dalam masa 45 hari.

Bonus Pengenalan

Setiap pelabur baru mesti daftar akaun melalui kenalan anda. ECMC tidak membuka peluang ini pada semua orang secara terbuka. (Private Shareholder by invitation). Jika anda memperkenalkan peluang ini pada pemegang saham baru, anda akan dapat 10% dari pelaburan mereka.

1) Contoh: Jika perkenalkan 10,000 unit (usd10,000) anda akan dapat 1000 unit dalam bentuk saham. 1000 unit tersebut akan masuk dalam saham anda. Anda akan dapat 10% dari 1000 unit tersebut iaitu 2 gm (gram) setiap bulan mengikut harga semasa emas.

Jika,2 gm (gram) = usd100 @ lebih kurang RM 320 ( anda akan dapat setiap kali pelabur anda dapat pulangan & selama2nya) akan bertambah mengikut harga emas

Bonus Kumpulan

Semua pemegang saham minimum 500 unit layak untuk menerima bonus kumpulan.Anda perlu susunkan pemegang saham anda dalam 2 kumpulan iaitu kiri & kanan. Sekiranya sebelah kiri ada 10,000 unit & sebelah kanan ada 10,000 unit dalam masa 1 bulan. Anda akan dapat Usd1000 pada 15hb berikutnya.

Cara Pelaburan :-

- Anda perlu buka akaun melalui laman web rasmi syarikathttp://www.eastcapemc.com/

- Anda perlu dapatkan introducer id. untuk buka akaun seperti buka akaun bank syarikat.

- Anda perlu TT duit anda ke akaun bank syarikat.

- Anda juga boleh membeli credit tersebut dari pemegang saham lain

- Setelah membeli saham ECMC anda perlu mengesahkan identiti anda. Anda perlu scan IC.

Peringatan: Wajib pastikan nama yang didaftarkan mesti 100% ikut nama di IC anda untuk pengesahan dari syarikat dalam masa 60 hari dari tarikh mula anda membeli share. Tujuan untuk keselamatan

Pengeluaran/ Withdrawal

Anda perlu daftarkan akaun tempatan anda dengan ECMC. Setelah akaun tersebut disahkan, barulah anda boleh membuat pengeluaran East Cape Mining Corporation