Monday, May 16, 2011

Agro Bank Tidak Lagi Menerima Gold Bar/Coin Untuk Dipajak

As Salam,

Mulai 16 Mei 2011 Agro Bank telah menghentikan pajakan Emas Ar-Rahnu berbentuk goldbar atau coin dan hanya menerima barang kemas sahaja. Ini adalah langkah yang diambil sepertimana Bank Rakyat yang tidak lagi menerima emas berbentuk bar dan syiling untuk dipajak.

Apa pun kenapa dan bila ianya akan di buka semula tidak dapat diberikan maklumat kerana pihak bank tidak mahu tersilap cakap dengan pelanggan...tetapi sesiapa yang telah buat pajakan dan ingin sambung masih dibenarkan untuk tempoh yang telah disyaratkan.

Kepada yang telah membuat pajakan yang 'besar' tu sila sediakan wang yang banyak untuk tebus semula emas anda..kerana lepas ini Agro bank tidak lagi menerima pajakan emas jenis ini..tempoh pajakan Ar-Rahnu Agro adalah 6+3+2 sahaja..so hanya boleh 11 bulan sahaja korang roling duit tu.. sebab tu bahayanya teknik rempit nie jika ada masalah mcm sekarang, lagi2 pada geng pajak yang tunggu masa cukup2 6 bulan untuk bayar pinjaman tu. so ansuran bulanan adalah cara terbaik..

so, aku jangka mmg ramai akan jual balik emas tu lepas nie..dengan harga lelong..klu tak lelong kat FB atau mudah.com emas diorang akan dilelong plak oleh Ar-Rahnu Agro....

pada hari ini, kita dapat lihat harga emas yang sememangnya murah berbanding bulan bulan lepas..dan aku boleh agak akan berlaku kerugian pada penjual yang panik pada pengumuman nie...

pandangan aku mybe pihak Ar-Rahnu terima arahan daripada BNM kerana terlalu ramai manipulasi Emas nie untuk dapatkan duit mcm Overdraf dulu..apapun replan your financial.

Thursday, May 12, 2011

Serambi Emas ?

Sermabi Emas menawarkan skim belian emas secara ansuran yang baru2 ini tiba2 saja menjadi popular kerana menggunakan artis2 terkenal sebagai ikon mereka.

Bagi saya, skim yang ditawarkan amat mirip dengan skim yang ditawarkan oleh syarikat yang pernah di serbu oleh Bank Negara sebelum ini atas kesalahan AMLA (Anti Money Laundering) dan BAFIA (Bank And Finance Act.) iaitu syarikat Etika Emas Estet, malah ada sumber yang mengatakan Serambi Emas juga merupakan serpihan dari syarikat Etika Emas, namun sejauh mana kebenarannya,

Wallahua'lam.

Mereka menawarkan ketulan jongkong emas 999.9 dengan berat minimum 100g setiap satu, dan harga emas yang ditawarkan adalah berpandukan kepada nilai gadaian (Nilai Marhun) yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Agro Bank.

Contoh:

Nilai Gadaian Agro Bank ketika ini RM 165.80 x 100g = RM 16,580.00 

Untuk makluman, walaupun ketika harga emas rendah, sebagai contoh harga emas PG pada waktu itu hanya sekitar RM 15,800.00, namun harga yang mereka jual tetap RM 16,580 kerana nilai gadaian Agro Bank tidak turun walaupun harga semasa emas turun. Ini telah merugikan pembeli kerana membeli emas pada harga yang amat tinggi.

Pembeli hanya perlu membayar sebanyak 35% dari harga emas, iaitu kira2 RM 5803.00 kepada syarikat, dan wakil syarikat bersama2 pembeli akan ke Agro Bank berhampiran, dan emas 100g tersebut akan digadaikan diatas nama si pembeli. 

Agro Bank akan membayar sebanyak 65% dari nilai gadaian Emas yang tadi iaitu sebanyak RM 10,777.00 dan wang tersebut akan diambil oleh wakil syarikat tadi, menjadikan wang yang diterima oleh syarikat sebanyak RM 16,580.00 iaitu harga emas yang tinggi tadi.

Manakala si pembeli pula kini menanggung beban hutang kepada Ar-Rahnu sebanyak RM 10,777.00 yang mana mengikut kata si penjual tadi kini pembeli hanya perlu membayar secara ansuran berserta upah simpan kepada Agro Bank sebanyak 0.75% sebulan sehinggalah hutang tersebut habis dibayar barulah emas tersebut dapat diambil dan menjadi milik si pembeli sepenuhnya.

Pada pandangan saya ini lebih membebankan lagi kerana harga yang dibayar oleh si pembeli untuk memiliki emas tadi akan menjadi lebih tinggi berbanding nilai sebenar. Sudahlah harga jualannya tinggi, ditambah pula dengan upah yang perlu dibayar jika ianya mengambil masa sehingga 3 tahun untuk melangsaikan bayaran kepada Agro Bank, bayangkan berapa lebihan harga yang telah dibayar!! 

Saya melihat ini hanya sebagai skim yang menggunakan emas sebagai medium untuk mengaut keuntungan dengan mempercepatkan jualan sahaja, soal untung rugi pembeli adalah soal yang kedua. Saya juga mendapat maklumat yang syarikat tidak menawarkan jaminan belian semula, bermakna pembeli perlu menjualnya kepada individu atau kepada kedai emas yang biasanya akan membeli pada harga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa!
  
Saya lebih suka menasihatkan agar membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas berbanding membeli emas dengan hutang dari gadaian arrahnu. Sekali imbas seperti sama saja, tapi hakikatnya jauh berbeza kerana jika anda membuat pinjaman peribadi dan digunakan untuk membeli emas, saya akan memberi cara terbaik untuk anda melangsaikan hutang tersebut dengan cepat iaitu dengan cara membayarnya menggunakan emas.

Manakala jika anda berhutang kepada Ar-Rahnu untuk membeli emas, dan hutang tersebut dibayar dengan duit kertas, ianya akan mengakibatkan hutang itu akan menjadi lebih banyak disebabkan oleh kadar upah simpan dan tempoh untuk menyelesaikannya juga akan menjadi lebih panjang disebabkan susut nilai matawang / inflasi.

Tidak salah jika saya katakan, emas yang anda beli telah menjadi beban atau liabiliti kepada kewangan anda, bukan lagi aset pelaburan kerana ianya tidak memberi apa2 pulangan langsung, sebaliknya anda yang perlu membelanjakan wang untuknya, sekaligus membuatkan perbelanjaan anda meningkat.

Saturday, May 7, 2011

Latest Gold Scammer

Beware!!!


Saham Emas East Cape Mining Corporation

East cape menawarkan peluang pelaburan saham emas kepada individu @ pelabur-pelabur yang berminat. Syarikat ini beribu pejabat dari United Kingdom.


Nilai saham yang ditawarkan sekarang ialah 1.00 Usd seunit dan nilai tersebut akan meningkat. Saham ini terhad kepada pelabur – pelabur tertentu sahaja sebelum ia dibuka kepada orang ramai dengan harga yang lebih tinggi.


Harga saham = usd1.00 seunit


Minimum pelaburan = 500 unit bersamaan 500 usd


Pulangan pada Pemegang Saham


Setelah membeli saham anda akan diberikan Akaun Pelaburan Saham ECMC. Setiap Pemegang Saham akan mendapat :-


1. IPO mengikut nilai saham emas kita melabur min USD500 dan Max 250,000


2.Akaun Kredit, Nilai dalam (USD)


3. Akaun Emas, nilai dalam gram (gm)


4. Akaun Trading, untuk jual/b to hold/treli paper gold positions


5. Global Auto Placement


Credit Account

Anda akan dapat pulangan 10% setiap bulan selama-lamanya daripada jumlah unit yang dibeli.

Contoh:- Anda membeli 500 unit saham dengan harga usd500

Pulangan 10% x 500 unit = 50 unit

50 unit = 1 gm (gram) setiap bulan (mengikut harga emas semasa)

Jika,1 gm (gram) x (harga emas semasa, katakan USD 50) = USD 50 (bergantung harga emas semasa). Katakan USD 50 x 3.0 = RM 150++ (anda akan dapat setiap bulan)

Dividen ini setiap bulan kita akan dapat. Maknanya dengan 500 unit saham, setiap bulan kita akan terima dividen RM150 setiap bulan tanpa henti. Ya setiap bulan, selagi kita tak keluarkan ‘share’ kita.

Gold Account

Anda boleh simpan credit anda dalam bentuk emas gram (gm) . Anda boleh tukar semula ke dalam bentuk credit bila2 masa apabila harga emas naik dan menguntungkan.

Trading Account

Setiap pemegang saham akan dapat 2 kali ganda daripada unit yang dibeli untuk trading saham emas. Contoh. Saya membeli 1000 unit saham dengan harga USD1000. Jadi saya dapat USD2000 untuk trade. Sehari boleh dapat antara USD10 ke USD100..oklah tu, lepas duit minyak hari2.



Jual Saham (100% Money Back )


Sekiranya anda tidak mahu lagi memegang saham tersebut, anda boleh jual bila2 masa sahaja. Modal anda akan dipulangkan dalam masa 45 hari.

Bonus Pengenalan

Setiap pelabur baru mesti daftar akaun melalui kenalan anda. ECMC tidak membuka peluang ini pada semua orang secara terbuka. (Private Shareholder by invitation). Jika anda memperkenalkan peluang ini pada pemegang saham baru, anda akan dapat 10% dari pelaburan mereka.

1) Contoh: Jika perkenalkan 10,000 unit (usd10,000) anda akan dapat 1000 unit dalam bentuk saham. 1000 unit tersebut akan masuk dalam saham anda. Anda akan dapat 10% dari 1000 unit tersebut iaitu 2 gm (gram) setiap bulan mengikut harga semasa emas.

Jika,2 gm (gram) = usd100 @ lebih kurang RM 320 ( anda akan dapat setiap kali pelabur anda dapat pulangan & selama2nya) akan bertambah mengikut harga emas

Bonus Kumpulan

Semua pemegang saham minimum 500 unit layak untuk menerima bonus kumpulan.Anda perlu susunkan pemegang saham anda dalam 2 kumpulan iaitu kiri & kanan. Sekiranya sebelah kiri ada 10,000 unit & sebelah kanan ada 10,000 unit dalam masa 1 bulan. Anda akan dapat Usd1000 pada 15hb berikutnya.

Cara Pelaburan :-

- Anda perlu buka akaun melalui laman web rasmi syarikathttp://www.eastcapemc.com/

- Anda perlu dapatkan introducer id. untuk buka akaun seperti buka akaun bank syarikat.

- Anda perlu TT duit anda ke akaun bank syarikat.

- Anda juga boleh membeli credit tersebut dari pemegang saham lain

- Setelah membeli saham ECMC anda perlu mengesahkan identiti anda. Anda perlu scan IC.

Peringatan: Wajib pastikan nama yang didaftarkan mesti 100% ikut nama di IC anda untuk pengesahan dari syarikat dalam masa 60 hari dari tarikh mula anda membeli share. Tujuan untuk keselamatan

Pengeluaran/ Withdrawal

Anda perlu daftarkan akaun tempatan anda dengan ECMC. Setelah akaun tersebut disahkan, barulah anda boleh membuat pengeluaran East Cape Mining Corporation

Friday, January 21, 2011

Untuk Renungan Bersama

Salam,


Untuk renungan dan dikongsi bersama rakan2 yg lain.


Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.

Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?

Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi.

Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.

Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas.

Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.

Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?

Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.

Wang kertas jika dikaji asal-usuknya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.

Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?

Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.


Kerajaan Siam (Thailand)


Kerajaan Jepun


Kerajaan Portugis


Kerajaan British


Kerajaan Belanda


Kerajaan Kelantan


Kerajaan Johor

Tapi mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.

Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa ...

Jadi wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu ialah emas dan perak. Ia tidak boleh diulang-cetak. Ia sangat unik.

Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami benda yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan cara sekarang lebih banyak melibatkan wang. Bom-bom berkuasa hebat, teknologi canggih dan lain-lain.

Taktik Penjajah

Jadi semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak. Jadi penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.


Lihat perkataan promises to pay the bearer on demand.

Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Katakan anda orang Melayu yang menjual goreng pisang ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini bersandarkan kepada emas.

Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas kita, tidak lagi disandarkan pada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas. Kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Berbalik pada cerita penjajah tadi. Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tak suka orang berhutang dan memberikan selain daripada emas kepada mereka. Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka seperti yang kita dapat saksikan di bawah ini:-



Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Maka seterusnya penjajah pun saling berperang. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya.

Masih ingat British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak langkah British. Dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung. Maka Jepun pun mencetak kertas di bawah:-


Kertas bergambar pokok pisang yang sering diperkatakan warga veteran kita.

Rakyat jelata tentu marah. Mereka mahukan wang sebenar iaitulah emas. Bayangkan seorang peniaga goreng pisang menjual goreng pisang, dia tidak terima langsung sebutir emas dalam setiap jualan goreng pisangnya.

Bahkan dia terima pula kertas yang ada gambar pisang di atas. Mesti marah bukan? Tetapi dalam keadaan dijajah begitu, mana nak berani bangkang-membangkang?

Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor.

Oh ya, semasa British digulingkan oleh Jepun, kertas-kertas British masih ada disimpan oleh ramai rakyat jelata. Kerajaan Jepun tak mahu bertanggungjawab dengan kertas-kertas British. Jadi siapa yang rugi? Tentulah rakyat jelata. Mereka kehilangan emas mereka.

Setelah itu, Kerajaan Jepun pula digulingkan oleh British. British kembali berkuasa. Tetapi kali ini mereka datang dengan mencetak kertas yang baru.




Lagi sekali rakyat jelata ditipu. Kertas-kertas terdahulu yang disimpan tidak dapat ditukarkan kepada emas. Malah tidak laku kerana British mengatakan kerajaan terdahulu dan terkemudiannya berbeza. Walau bagaimanapun kertas baru ini masih menjanjikan emas.

Setelah British memasukkan Borneo ke dalam Malaya, kertas baru dicetak lagi.



Apakah bezanya dengan kertas baru ini? Kertas ini tidak lagi melibatkan emas. Emas tidak lagi diwajibkan sebagai pertukaran. Ia hanyalah kertas bernombor semata-mata. Gambar Permaisuri Elizabeth digunakan. Pada masa itu, gambar ini sudah cukup seksi untuk meredakan kemarahan rakyat.

Jadinya rakyat jelata sudah ditipu dari penjajah demi penjajah dan dari penipuan demi penipuan. Ini semua melambangkan tenaga rakyat jelata boleh dikerah, diguna tanpa melibatkan sebutir emas pun. Cukup punya pandai penjajah ini. Kalau penjajah pandai, makanya rakyat jelata?

Kerajaan British amat bijak dalam melakukan persedian bagi menghadapi akibat terburuk. Maka mereka sekali lagi mencetak kertas yang baru.


Kertas ini ada gambar pemimpin negara kita.

Cerdiknya British, mereka sanggup menggantikan gambar Permaisuri dengan pemimpin negara kita demi menghalalkan kertas ini. Rakyat jelata rata-ratanya hormat akan pemimpin sendiri. Jadi hasilnya tiadalah lagi api kemarahan rakyat. Tetapi tidakkah kita terfikir, bagaimana pemimpin kita boleh mendengar cakap British?

Mengikut sampaian orang-orang veteran, raja-raja Melayu, ulama' dan pemimpin Melayu yang tidak berpihak pada British akan dibunuh dan dibuang ke pulau-pulau kecil. Jadinya kuasa-kuasa istana dan pemimpin di parlimen yang ada pada hari ini berpihak pada siapa?

Amalan jelik masih diteruskan oleh budak suruhan British hingga ke hari ini. Sekaligus terus-menerus menidakkan hak rakyat jelata untuk mendapatkan kembali emas kepunyaan nenek moyang mereka sejak zaman penjajah dahulu.

Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi.

Satu contoh, peperangan yang berbekalkan dana emas akan berakhir apabila emas habis dibelanjakan. Ia tidak mungkin dapat dicetak lagi seperti kertas. Jadinya kezaliman dan keangkuhan pemimpin untuk terus berperang akan terbatas dengan ketiadaan emas. Tetapi hari ini, kertas boleh diulang cetak.

Mengikut kiraan ulama' Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal pun akan muncul.

Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak-budak yang sedang bersekolah hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dari keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas. Satu lagi penipuan secara elektronik bakal mewarnai dunia. Bukan?

Kata Sheikh Imran Hosein, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'.

Kita tidak seharusnya mengaku kalah dengan kedatangan Dajjal. Kerana terdapat juga proses menyambut kedatangan Nabi Isa A.S dalam menewaskan Dajjal di Israel. Jadi tidak mahukah umat Islam turut serta menyambut Nabi Isa A.S?



(credit to:http://hanief.blogspot.com/2010/03/s...s-vs-emas.html a.k.a anep.)

Sunday, January 16, 2011

Harga Menarik Yang Statik 2 Hari

Salam,

Harga yg menarik untuk dibeli dan yg paling bestnya boleh pikir selama 2 hari sebab harga tak bergerak.Berdasarkan order yg sy buat berbanding sebelum harga tak bergerak, sebanyak lebih kurang 400 order dibuat. Banyak gila! Katakanlah semua buat minima order PG20g 1 unit dgn harga RM3,084 + RM10, lebih kurang RM1.2juta transaksi berlaku, banyaknya duit diaorg laburkan. Ni yg saya snap kat www.publicgold.com.my pd 16/1/11.

Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Gadai Emas

Salam,

Seperti yang telah saya janjikan, posting kali ini saya cuba menerangkan tujuan emas digadai. Bagi saya masing2 mempunyai objektif mereka yang tersendiri. Berikut adalah pandangan saya "Kenapa Gadai Emas".

1. Untuk memastikan ketulenan emas tersebut, ini sangat penting walaupun terdapat certificate.
2. Untuk tujuan keselamatan sebab tak perlu pikir mana nak sorok (simpan) emas ni.
3. Untuk menggandakan keuntungan bagi yang objektifnya untuk tujuan pelaburan macam saya dan rakan2.
4. Untuk mendapatkan tunai bagi menjana pendapatan lain, but make sure your return should be more than gold return.
5. Untuk disandarkan dengan pembelian rumah.
6. Untuk disandarkan dengan perniagaan.
7. Untuk disandarkan dengan apa2 pembelian yang nilainya akan menyusut seperti kereta, ubahsuai rumah, perabot dll.

Apapun tujuannya, yang paling penting berbalik kepada pengurusan kewangan anda. Jangan sampai kita tak dapat menebus balik emas yang telah digadai. Jadi rancanglah dengan baik, jangan hanya ikut apa orang lain buat.

Saturday, January 8, 2011

Ar-Rahnu Agro Bank

Salam,

Saya telah menggadaikan emas2 saya di Agro Bank, Klang. Ianya mengambil masa yang agak lama sekiranya gadaian tersebut melibatkan barang2 kemas. Proses gadaian saya mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah memandangkan ianya melibatkan barang kemas dan sebab utama lambat adalah disebabkan orang yang terlalu ramai. Tetapi sekiranya anda hanya menggadaikan gold bar, ianya mengambil masa yang singkat kerana boleh dilakukan di luar bilik Ar-Rahnu. Apa yang diperlukan untuk menggadai hanyalah salinan kad pengenalan, dan borang Ar-Rahnu Agro Bank. Berikut apa yang anda perlu tahu berkenaan Ar-Rahnu ini.

Gadaian: Public Gold 20g
Nilai Marhun: RM3,316 (RM165.80 x 20)
Tempoh Gadaian: 6 bulan
Pinjaman: 60% daripada nilai marhun iaitu RM2,321.20 (70% x RM3,316)
Upah simpan: 6.43% untuk 6 bulan iaitu RM149.25 (6.43% x RM2,321.20)
Ansuran bulanan: RM386.87 (RM2,321.20 / 6)

> Bayaran balik pinjaman dan upah simpan boleh dibuat secara ansuran bulanan ataupun sekaligus pada bila2 masa.
> Tempoh gadaian boleh dilanjutkan sebanyak dua kali iaitu 3 bulan dan 2 bulan, jadi maksimum gadaian ialah 11 bulan.
> Jangan hilangkan surat akuan kerana ianya perlu dikemukakan semasa penebusan gadaian atau setiap kali permohonan lanjut tempoh dibuat.

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari di sini http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu

Next posting, saya akan ceritakan kenapa saya gadaikan emas saya.

Friday, January 7, 2011

Harga Paling Menarik Untuk Membeli Emas

Salam,

Pasti ramai yang tersenyum lebar kalau dapat lock harga seperti di bawah.


Saya tak sempat nak lock, kelam kabut dengan anak2, itula dinamakan rezeki. Kepada sesiapa yang lock harga ni, Tahniah saya ucapkan.

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa anda boleh beli emas dengan saya berdasarkan harga yang anda inginkan tetapi ianya tetap bergantung kepada harga PG, cuma mungkin ada rezeki dapat harga yang murah. Apapun anda bolehlah hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

Thursday, January 6, 2011

Kenapa Perlu Melabur Emas Secara Fizikal

Salam,

Seperti yang diketahui, terdapat dua jenis pelaburan emas iaitu secara fizikal atau secara buku. Pada post yang lepas saya berpendapat melabur emas secara fizikal lebih menguntungkan. Jadi di sini saya ingin berkongsi pros and cons di antara kedua2 jenis pelaburan ini.

Di sini saya membandingkan antara pelaburan emas secara fizikal iaitu Public Gold (PG) dan pelaburan emas secara buku iaitu Gold Investment Account (GIA), Public Bank (PB). Untuk pengetahuan semua, saya menceburi kedua2 pelaburan ini.

Mari kita lihat perbandingan antara kedua2nya.


Jadi, anda boleh fikirkan yang mana lebih baik.

Kalau ada sesiapa nak tambah silakan, your comments are welcome.

Kepada yang ingin membeli emas atau menjadi dealer, bolehlah hubungi saya seperti tertera di bahagian atas kiri.

Wednesday, January 5, 2011

Tuesday, January 4, 2011

dari ASBOD ke EMAS

Salam Perkenalan & Selamat Tahun Baru 1432H / 2011,

Ini merupakan posting saya yang pertama di blog yang baru. Sebelum ni saya berblog di http://asbod.wordpress.com/ Setelah objektif asbod (asb & od) tercapai, dah tiba masanya go for gold. Tambahan pula PNB kini telah membuat garis panduan yang baru berkenaan asbod iaitu mesti memiliki syarikat @ enterprise dan mesti mempunyai lesen PBT atau yang diiktiraf oleh PNB. Memang menyusahkan dan banyak yang mengeluh. Tapi sekiranya anda dah memahami asbod, percayalah go for gold kerana konsepnya sama dan ianya lebih menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang.

Selama 2 tahun, saya menerima tunai daripada asbod sekitar RM15K dan yang menyedihkan dividennya tetap di bawah 8%, tapi statement sentiasa kata boleh bayar lebih dr 10%, justification nak reserve untuk tahun2 akan datang, layan je la. Apapun kita mesti bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi. Disebabkan inilah saya go for gold. Harga emas hari ini adalah antara USD1,404 to USD1,417 for troy ounce (1 troy ounce = 31.10gm). Bagi saya harganya cukup tinggi dan kita mesti fikir semasak2 nya samada berbaloi untuk melabur dalam emas. Banyak rakan2 saya bertanyakan masa yang sesuai untuk membeli emas.

Jawapan saya, masa yang paling sesuai ialah bila harga emas jatuh, tapi kita tidak tahu bila masanya, jadi waktu yang terbaik ialah sekarang. Sekiranya anda masih ingat lagi sewaktu sekolah rendah, sekolah menengah dan di menara gading, ibubapa kita menyuarakan emas mahal untuk dibeli. Setelah mendirikan rumahtangga pun, kita masih lagi mengatakan emas mahal, jadi bila masa emas murah. Disebabkan ini jugalah saya kata waktu terbaik beli emas adalah sekarang.

Dan bertanya lagi yang mana lagi untung, emas secara fizikal atau secara buku dan jawapan saya kedua2nya ada pros and cons. Tetapi bagi saya emas fizikal lebih menguntungkan kerana anda boleh menggandakan untung anda.

Seterusnya bertanya lagi, emas fizikal macam mana yang lagi untung dan jawapan saya kedua2nya ada pros and cons. Sebenarnya bergantung pada objektif pelaburan emas anda kerana untuk menjawab soalan ini ianya bergantung kepada 4 faktor seperti di bawah.

1. Harga dan caj2 lain.
2. Stok dan cara untuk membelinya.
3. Margin spread.
4. Jual balik emas tersebut.

Dan yang paling penting, pengalaman itu sendiri, jadi sebelum mengambil keputusan untuk melabur atau membeli emas kenalpasti pros and cons dahulu. Untuk rujukan cepat, dapatkan maklumat2 berkenaan perkara di atas di internet atau salah stau rujukan saya ialah : http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/bagaimana-saya-nak-mulakan-pelaburan-emas/

Akhir kalam, "GO FOR GOLD".

See you next time, next posting. Your comment is welcome!